Skip to main content

Brasil Open 2013


Brasil Open 2013 merupakan kejohanan kedua pilihan Rafael Nadal (Rafa) selepas kembalinya semula beliau ke gelanggang pertandingan tenis dunia. Sekali lagi beliau memilih pertandingan kecil ATP 250 yang kurang mendapat perhatian pemain utama dunia. Kali terakhir beliau beraksi di Brasil Open adalah pada tahun 2005 yang menyaksikan beliau menjadi juara dengan menumpaskan rakan senegaranya, Alberto Martin 6–0, 62–7, 6–1. 
 
Pemain yang kelihatan bakal memberikan saingan kepada Rafa dalam merebut gelaran juara Brasil Open pada kali ini adalah Nicolas Almagro dan juga Juan Monaco. Walau bagaimanapun dalam keadaan seperti sekarang sebenarnya pemain seperti Thomaz Belluci, Jeremy Chardy, Stanislas Wawrinka dan Pablo Andujar juga perlu diberi perhatian.
 
Cabaran bagi cinta hati aku, Rafa bagi acara perseorangan baru bermula seawal pagi subuh tadi. Rafa menentang Joao Souza dari Brazil yang menduduki ranking ke-140 dunia. Hati aku berdebar-debar daripada semalam. Kalau mengikut ranking memang Rafa patut menang. Tapi memandangkan keadaan kesihatan dia yang belum tip top lagi, aku kecut perut juga lah. Manalah tau kalau-kalau kaki dia tiba-tiba buat hal balik. Tapi alhamdulillah. Rafa berjaya mengatasi Joao Souza dengan 6-3, 6-4. Syukur alhamdulillah..
 
Photo credit to vejasp.abril.com.br
 
Pagi esok Rafa akan menentang Carlos Berlocq dari Argentina, pemain yang menduduki rankin ke-78 dunia. Sekali lagi kalau mengikut ranking Rafa sepatutnya tiada masalah langsung untuk mengenepikan Berlocq. Tetapi dengan keadaan kesihatan yang belum mencapai tahap 100% tu macam-macam boleh jadi. Aku doakan semoga kemenangan berpihak kepada Rafa. Insyaallah.
 
VAMOS RAFA!
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Buah Hati Pengarang Jantung

Inilah buah hati abah aku skarang ni. Merekalah penghibur hati abah sejak mak pergi. Merekalah racun merekalah penawar. Semoga semuanya menjadi anak yang soleh dan cucu yang sentiasa mengingati atok dan nenek walaupun nenek dah pergi meinggalkan mereka.   Wan, Jiji & Ayoi (Anak2 abang aku) Adam (Anak Adik Perempuan Aku-Ain) Qisya (Anak Adik Lelaki Aku, A'a. Walaupun Qisya bukan anak betul adik aku tapi dia telah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Dan kami sayangkan dia.)

Hospis Malaysia

Photo credit to http://www.hospismalaysia.org Mungkin ramai diantara kita yang tak tau apa itu Hospis Malaysia. Aku tak pelik kalau anda tak tau sebab dulu aku pun tak tau dan tak pernah dengar tentang Hospis Malaysia ni.Aku mula 'kenal' Hospis Malaysia ni bila mak aku mula menghadapi gangguan pernafasan. Ya aku tau mak aku dah meninggal dunia beberapa bulan lepas tapi maafkan aku kerana aku masih belum mampu menyebut arwah mak, Aku lebih selesa menyebut mak sahaja. Kerana mak sentiasa hidup dalam hati aku :-'(   Ok berbalik cerita tentang Hospis Malaysia tadi. Sebenarnya aku sekeluarga diperkenalkan dengan Hospis Malaysia ini oleh doktor dan jururawat yang merawat mak di Hospital Luala Lumpur. Memandangkan mak kerap mengalami gangguan pernafasan dan menghadapi sedikit masalah untuk banyak bergerak  maka mereka mencadangkan supaya mak dibekalkan dengan oxygen dan juga wheelchair. Pada awalnya kami menjangkakan kami perlu membeli peralatan tersebut tetapi rupanya tid

Pengalaman Minggu Pertama Persekolahan

Selamat kembali ke sekolah adik-adik/anak-anak semua! Hari ini merupakan hari pertama dan minggu pertama persekolahan  bagi sesi tahun 2016. Jadi Aida nak ambil kesempatan bercerita tentang pengalaman minggu pertama persekolahan. Tapi bukan pengalaman  Tahun 1, cerita ini tentang pengalaman minggu pertama persekolahan di Tingkatan 4.Ehhh kenapa Tingkatan 4? Mesti ada yang tertanya-Tanya kan? Jawapannya mudah. Aida berpindah ke sekolah baru masa di Tingkatan 4. Pindah jauh ke Borneo kerana mengikut abah yang bertukar ke Sabah. Kami berpindah ke Kota Kinabalu pada penguhujung tahun. Sekolah yang dipilih oleh abah untuk Aida ialah Maktab Sabah @ Sabah College, antara sekolah ternama di Sabah. Pada masa itu kami tinggal di Putatan. Jarak antara Putatan dengan Sekolah Maktab Sabah adalah lebih kurang setengah jam perjalanan menaiki bas. Aida ke sekolah menaiki bas.  Maktab Sabah. Photo credit to Wikipedia.  Ok kita berbalik kepada cerita pengalaman minggu pertama di sekolah